Isnin, 25 Julai 2011

APA ITU SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT & MAKRIFAT ? - PART 1


Ada 4 bahagian yang telah dibahagikan oleh para-para ulama tentang cara merapatkan perhubungan antara hamba dengan Tuhannya . Iaitu secara Syariat , Tarikat , Hakikat & Makrifat . Keempat-empat yang perlu dibawa sekali supaya menjadi insan yang sempurna .
Mesti pernah dengar orang berkata mengenai 4 perkara ini bukan ?

Persoalannya apa itu SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT & MAKRIFAT ?



SYARIAT
Syariat adalah satu jalan zahir yang membentuk sesuatu peraturan . Aturcara dan peradaban di antara manusia dan Allah, sesama manusia mahupun makhluk-makhluk yang lain . Peraturan-peraturan Syariat yang telah digariskan oleh Allah di dalam Al-Quran dan Rasulullah s.a.w melalui perbuatannya & ucapannya yang diberi nama Hadis . Jika manusia benar-benar mengikut peraturan-peraturan syariat ini maka manusia itu tidak mungkin sesat dalam hidupnya di dunia dan selamatlah diakhirat nanti.

Dibincangkan soal Akidah, Ibadat, Muamalat, dan lain-lain peraturan untuk kebahagiaan untuk dunia dan akhirat . Ditentukannya garis-garis panduan hidup tentang mana yang wajib, haram, sunat, harus & makruh, dosa, pahala, syurga & neraka dengan kata panduan "Buatlah yang disuruh & tinggalkan apa yang dilarang" .

Suatu perkara yang PERLU diingatkan pada peringkat Syariat ini, pengamalnya benar-benar mengharapkan sesuatu balasan ataupun upahan daripada setiap yang dikerjakannya. Dan dengan upah kerjanya itulah mereka yakin akan menentukan sama ada mereka akan dikurniakan syurga ataupun neraka . Jadi kesimpulannya, matlamat utama bagi pengamal Syariat adalah syurga dan seboleh-bolehnya jauh daripada neraka . Satu keyakinan buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat .

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula." - Az-Zalzarah ayat 7 & 8 .

Mereka berusaha sedaya upaya melakukan sesuatu kerja dengan "IKHLAS" untuk Allah semata-mata . Mereka juga benar-benar mengharapkan satu balasan yang setimpal dengan kerja yang dilakukannya ! Jika begitu mereka berbakti kepada Tuhannya dengan ber-Udang disebalik batu, ataupun ada hati di sebalik barang .

Jika mereka BENAR-BENAR bersifatkan hamba yang tulen, maka sudah tentu sebarang pekerjaan yang dilakukan oleh mereka, tidak mengharapkan sebarang pembalasan daripada Tuhannya . Balasan bukan suatu yang boleh dipinta, ianya lebih merupakan kurniaan dari Tuhannya . Seperti firman Allah dalam Al-Quran:-

"Barang siapa beriman kepada Tuhannya maka ia tidak akan pengurangan pahala dan tidak akan menambah dosa dan kesalahan." - Al-Jin ayat 13 .

Hakikatnya elok kah seseorang yang mengaku dirinya HAMBA, mengagih janji dari Tuhannya ? Dan adakah mereka sangsi terhadap kebenaran janji Tuhannya ? Seseorang yang MENGERTI dirinya hamba sudah tentu tidak mengharapkan sesuatu balasan seperti pahala etc. daripada Tuhannya , dan ingatlah Allah tidak mungkir janjiNya .

Sesungguhnya bagi mereka yang mengikuti cara Syariat ini akan mencapai suatu beriman dan soleh & dengan mematuhi segala peraturan, maka mereka akan dikurniakan syurga di akhirat nanti.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal." - Al-Khafi ayat 107 .

Hakikatnya kiasan mengingatkan bahawa, masuknya syurga bagi orang-orang Syariat itu bukan sesekali kerana PAHALANYA tetapi sekadar belas ihsan daripada Allah swt di atas kepatuhannya dengan Allah . Walau berapa banyak pahala yang diperolehi sekalipun, sudah tentu mereka tidak boleh membelikan syurga, kerana syurga bukan sesuatu yang murah menjadikan bahan belian dan jualan .

Berbahagialah bagi manusia yang mengamalkan cara syariat, yang menduduki taraf martabat dirinya sebagai seorang hamba yang mukmin dan mereka sememangnya dijamin oleh Allah syurga dan kekallah mereka buat selama-lamanya.

"Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba kami yang mukmin" - Ash-Syaffat ayat 111 .

Peringatan disini bahawasanya matlamat akhir Pengajian Syariat ialah untuk mendapatkan suatu yang bernama Syurga, menjauhkan diri dari terhumban ke dalam neraka, berusaha sedaya upaya mendapatkan banyak pahala & mengurangkan dosa . Syariat itu wajib , menyelami pembawakan, maksud, pergerakan, makna itu yang paling penting dalam setiap yang dikerjakan .


yang kita tidak tahu jangan sekali dikata salah
yang kita tahu jangan sekali dianggap mudah
belajarlah apa yang kita tidak tahu
supaya kita tidak akan keliru



BERSAMBUNG... (BAB-TARIKAT)...

4 ulasan:

  1. yang kita tidak tahu jangan sekali dikata salah
    yang kita tahu jangan sekali dianggap mudah
    belajarlah apa yang kita tidak tahu
    supaya kita tidak akan keliru


    saya suka pepatah ni

    BalasPadam
  2. kata-kata yang dipetik dari guru hehe .

    BalasPadam
  3. Faham itu terkaya dari kata

    BalasPadam