Selasa, 26 Julai 2011

APA ITU SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT & MAKRIFAT ? - PART II



BAB II - TARIKAT


Jalan tarikat ini adalah jalan bagi tujuan untuk merapatkan dirinya dengan Allah swt . Merupakan satu jalan bagaimana hendak menyucikan diri dan hati supaya terbentuknya satu jalinan akrab di antara dirinya dengan Allah swt, dan jalan ini hendaklah mempunyai akar umbi persambungan daripada Rasulullah saw . Jalan tarikat yang mendapat restu dari junjungan agong itu kemudiannya diwarisi pula oleh para sahabat baginda dan seterusnya bersambung menjadi mata rantai dan diwarisi pula oleh para wali Allah, sampailah kepada seorang guru asalnya untuk mengajar saluran jalan Tarikat ini seterusnya .



Sesungguhnya mana-mana Tarikat yang tidak mempunyai asas akar umbinya daripada Baginda dan para sahabatnya, maka jalan Tarikat yang dilaluinya itu adalah satu jalan yang salah dan rekaan semata-mata . Ianya diasaskan mengikut pandangan sendiri dan Tarikat itu tidak akan sampai kemana-mana . Oleh itu, sesiapa saja yang hendak mengikut jalan pengajian Tarikat, adalah menjadi satu tanggungjawabnya membuat penentuan asal pangkal sesuatu tarikat itu dan tentukan bahawa ianya berasal dari Rasulullah saw dan para sahabatnya .



Jalan tarikat adalah satu cara memuja dan memuji Allah dan MELATIHKAN diri supaya tidak melupai Allah dan memberi segala keagungan dan kebesaran itu kepada Allah semata-mata. Jalan menyucikan diri dan hati ini adalah melalui proses mengenalkan nafsu-nafsu yang dimiliki oleh manusia, supaya ianya tidak lalai dan lupa akan dirinya serta Tuhannya dan seterusnya bangun memberi keagungan itu .

Firman Allah dalam Al-Quran:
"Hai orang yang berselimut bangunlah . Lalu beri peringatan kepada Tuhanmu, agungkanlah dan pakaian (zahir&batin) bersihkanlah"



Disamping itu juga, Tarikat mengasuhkan dirinya supaya kasihkan kepada Allah dan Allah megasihi dirinya.

Firman Allah dalam Al-Quran:
"Mereka mengasihi dirinya seperti mereka mengasihi Allah, sedangkan orang beriman tetap mengasihi Allah"

Dan juga:
"Jika kamu benar-benar menyintai Allah, ikutlah aku. Nescaya Allah mengasihi (dikasihi Allah)" - Al-Imran ayat 31 .




Adapun Nafsu yang dimiliki oleh manusia itu seperti yang tercatit di dalam Al-Quran adalah terbahagi kepada tujuh:

1. Amarah
2. Lawamah
3. Mulhamah
4. Mutmainah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamaliah


Dengan mengenal nafsu-nafsu tersebut, maka orang-orang Tarikat akan mencapai martabat ditaraf nafsu-nafsu tersebut yang mempunyai kelebihan berlainan di antara satu martabat nafsu ke nafsu yang lain . Untuk mengenal dan mencapai martabat nafsu-nafsu tersebut, seseorang itu hendaklah MENUNTUT dan MENGAMALKAN saluran ilmu Tarikat daripada guru-gurunya serta mengikut petua-petua yang dianjurkan oleh guru mereka dari satu peringkat ke satu peringkat sehinggalah menjadi Insanul Kamil (Insan yang sempurna), dan diredai Allah di dunia dan akhirat .



Adapun pekerjaan serta amalan orang-orang Tarikat ini, tidak lah lagi mengharapkan pahala . Ertinya apa yang dilakukan semasa amalan Tarikat ini bagi mereka semata-mata mengharapkan dirinya dapat mendampingi Allah . Mereka bukan lagi gila pada pahala atau syurga tetapi sebaliknya mereka gila untuk mengenali TUHANNYA dengan berusaha untuk mengenal DIRINYA sendiri . Pendek kata mereka mahu Allah semata-mata .

Kata-kata yang mereka yang masyhur :
"Padaku tiada pahala, tiada syurga, yang ku idami adalah kekasihku Allah jua".



Perlu ditegaskan disini bahawa matlamat akhir pengajian Tarikat adalah untuk MENGENAL DIRI dan MENGENAL ALLAH, menyuci nafsu dirinya ke suatu darjat nafsu yang tertinggi, kemuliaannya dengan Allah .





BERSAMBUNG.... BAB III - CARA HAKIKAT.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan