Khamis, 28 Julai 2011

APA ITU SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT & MAKRIFAT ? - PART IV


Segala bentuk keterangan yang dibuat kali ini adalah berpandukan kepada kaedah-kaedah pengajian hakikat dan makrifat semata-mata . Jangan sesekali dibandingkan dengan kontek pemahaman Syariat, kerana matlamat pengajian adalah berbeza .


Bercerita mengenai cara Makrifatullah (ilmu ketuhanan) . Tidak aku capai ditahap ini lagi tetapi sedikit sebanyak yang aku simpan daripada guru-guru serta sahabat selama ini akan aku kongsikan . Seperti biasa cara serta pemahaman ilmu sangat luas .


Perlu bagi aku untuk menapis serta berkias kata-kata yang akan dijelaskan supaya tidak mendatangkan kekeliruan kefahaman .




MAKRIFAT



Cara perjalanan Makrifat ini ialah satu jalan yang pernah dilalui dan dialami oleh para wali Allah . Para-para Ariffinbillah dan aulia, nabi serta rasul .


Seseorang yang ingin menuju ke jalan Makrifat kepada Allah ini harus menjalani latihan pada peringkat jalan Hakiki kerana jalan hakiki adalah merupakan persambungan ke jalan Makrifat . Dan sebelum memahami hakiki mestilah membawa sekali cara tarikat dan syariat itu juga .


Orang-orang Makrifat akan mencungkil segala rahsia alam . Samada alam Saghir mahupun Kabir . Malah mereka terus meneroka mengenal diri rahsia Allah Taala itu sendiri (diri rahsianya sendiri) .


Kata kiasan orang Hakikat :



pucuk paku dalam paku
paku datang dari seberang
carilah aku di dalam aku
aku berselindung di dalam terang


Awal ugama itu mengenal Allah, Mengenal Allah mengenal diri, mengenal diri mengenal Allah .
Jadi matlamat bagi perjalanan makrifat ialah Mengenal Allah s.w.t pada zatNya, sifatNya, Asma'Nya, dan pada apaalNya .


Pada awal-awal lagi Rasulullah menegaskan bahawa tugas kita manusia adalah harus mengenal Allah .
Seperti sabdanya:

"Awal hidup(agama) adalah dengan mengenal Allah s.w.t"



Firman Allah dalam Al-Quran:

"Maka barang siapa yang meghendaki nescaya ia menempah jalan kembali(mengenal) kepada tuhannya" - An-Nabaa' ayat 39



Dan sesungguhnya cara untuk mengenal Allah itu adalah dengan cara kita mengenal diri kita sendiri .
Seperti firman Allah di dalam hadis Qudsi:

"Barang siapa mengenal dirinya maka kenallah Tuhannya"



Dengan mengenal diri maka dapat mengenal tuhan, kerana diri rahsia tuhan ditanggung manusia.
Seperti firman Allah di dalam hadis Qudsi:

"Manusia itu adalah rahsiaKu dan Akulah rahsianya"



Oleh yang demikianlah dikatakan bahawa mengenal Tuhan itu hendaklah mengenal diri sendiri . Sesungguhnya jalan untuk mengenal diri itu adalah dengan cara menjalani latihan tasawwuf melalui guru Hakikat dan makrifat .


Adapun yang dikatakan Iman, Islam, Tauhid dan makrifat (syariat, tarikat, hakikat & ketuhanan) itu tidak boleh bercerai tanggal di antara satu sama lain kerana;



Islam tanpa Iman itu kosong
bagaikan sebiji padi yang tidak berisi
Iman tanpa Tauhid itu tidak berguna
seperti padi yang tidak menjadi beras
Tauhid tanpa Makrifat itu tidak sempurna
bagai beras tidak dimasak menjadi nasi



Oleh yang demikian perlulah diketahui dan difahami bahawa Islam tanpa Iman adalah Islam yang tidak akan dibuat kira bicara oleh Allah swt . Dan sesungguhnya Beriman tanpa Tauhid juga tidak terpakai Imannya . Kerana tanpa Tauhid Iman seseorang itu bagai lalang yang bergerak mengikut arus angin bila saja ditiup tumbanglah dia .

Juga Tauhid tanpa Makrifat tidak sempurna . Kerana tauhid kepada sesuatu tanpa mengenal pada apa yang ditauhidkan seumpama menyerah diri kepada sesuatu yang kita tidak kenal . Oleh itu bila kata Tauhid kepada Allah, maka harus pula kita mengenal Allah .



Sekian.

3 ulasan:

  1. Ilmu ini terlalu susah untuk difahami untuk orang biasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya ilmu ini tidak susah..cuma trdapat manusia yg membuatkan org lain menjadi susah bila menerima penjelasan ilmu ini dari mereka...apatah lagi org yg terlibat memberi penjelasan mengenai ilmu ini sebenarnya dia sendiri tdk memahaminya.


      menjadi satu kesilapan bila kita membaca sesuatu artikel berkaitan dgn ilmu ini terus diterima sebagai satu kebenaran tanpa membuat kaji selidik terlebih dahulu. Jauh sekalilah untuk membandingkan apa yg diperkatakan melalui artikel yg dibaca dgn panduan yg diberikan oleh Al Quran. Sebab budaya hidup kita bila seseorg itu nk bermakrifat kitab Al Quran tdk pernah dijadikan sebagai pedoman sepenuhnya. Sebaliknya manusia lebih percaya pd apa yg dibaca melalui artikel mahu pun kitab karangan ulama makrifat dan juga apa yg didengar melalui guru. Bila kepercayaan pd diri sendiri diketepikan bererti membiarkan org lain membuat keptusan ke atas diri kita, percaya pd org tp tidak percaya pd diri sendiri.

      Walhal kemampuan serta keinginan ke arah bermakrifat wujud dan hidup subur dalam diri kita. Tp akhhirnya semua itu dimusnahkan oleh sikap serta budaya percaya pd orng yg besar kemungkinan hanya berdusta dalam dunia makrifat.

      Mustaparomli@yahoo.com [email]


      Padam
  2. sbb itulah ingin belajar ilmu ini haruslah berlandaskan sunnah d al guran yg di bimbing oleh guru yg mursyid

    BalasPadam