Pengertian antara Islam dengan Hindu . Persamaannya sama tetapi berbeza . Macamana tu ? Ini yang aku dapati setelah mengkaji mengunakan ilmu Mantik atau hukum logik aku . Jadi, sila berfikir mengikut kefahaman sendiri ok .
Ulasan dalam Agama hindu :
"Bhagawan" adalah istilah yang dipakai untuk merujuk kepada aspek dari keperibadian(sifat) tuhannya . Tetapi dari sifatnya itu, dibahagikannya 3 iaitu Dewa Brahma, Dewa Siva dan juga Sri Visnu . Ketiga dewa berbeda siapa yang lebih tertinggi dari kemuliaan mereka . Ketiga-tiga Dewa memegang sifat-sifat yang tertentu di dalam keperibadian Bhagawan . Segala sifat-sifat tuhannya diwujudkan, dibentuk perantaraan simbol dan digambaran untuk disembah . Sungguhpun begitu, mereka tetap berangapan bahawa tuhannya satu .
Ulasan dalam Agama Islam :
"Sifatullah" merujuk kepada sifat-sifat yang Allah miliki, yang diambil hanya 20 sifat bukan ? sifat kidam sifat kudrat sifat waddaniah dll . Segala sifat hanya dimiliki oleh Allah semata-mata . Contoh jika soal hakikatnya, sifat Kudrat jatuh kepada kuasa, kuasa jatuh kepada pergerakan, dengan pergerakan kita boleh berjalan . Yang mengerakkan kita itu siapa ? tentulah Allah . Yang Melumpuhkan kita itu juga Allah .
Kesimpulannya :
Menganggap tuhan itu hanya yang SA itu sama . Perbezaannya cuma menzahirkan sifat-sifat Tuhan itu sebagai dewa-dewi lalu disembahnya . Jika diikutkan semua sifat yang mereka wujudkan dengan mengadakan patung semua tu ada juga persamaan macam nabi, rasul mahupun malaikat kita sendiri .
Seperti Malaikat Izrail . Persamaan TUGAS nya sama seperti Tuhan/Dewa Kali yang mereka gambarkan diatas , mencabut nyawa . Cuma yelah, mereka zahirkan menguna gambaran, kisah dan perwatakan sendiri setiap seseorang dewa/tuhan/sri mereka .
Jika didalam sudut hakikat, adakah dewa-dewa itu antara kebanyakan nabi-nabi dan rasul yang mereka katakan dan sembahkan ?
Hmm mungkin mendatangkan ragu tentang apa yang aku katakn ?
Tak apa mungkin ini boleh menolong .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan