Rabu, 17 Oktober 2012

Mengenali bangsa cina :)




Seperti yang aku janjikan semalam . Sebelum kita ingin mengubah persepsi masyarakat cina tentang melayu "islam", kita perlu menjadikan mereka percaya serta yakin 101% terhadap kita .

Bagaimana ?

Jika sekadar menghormati dengan mesra atau menjaga percakapan sahaja masih tidak cukup . Tetapi ! Percaya atau tidak , mereka sangat respect dan takut dengan melayu yang berpegang teguh dengan agama Islam .

Mereka tau melayu ni senang je nak di kautim . Senang sangat betul tak ? cukup la 24jam tengok anak melayu dok bangga jaga kedai judi , jadi bodyguard cina , jaga club etc . haih . Dengan wang ringgit , Wanita , Eset dan hiburan . sahaja mereka boleh beli seorang insan bernama melayu . FAKTA dari mulut cina sendiri .

Tapi kenapa depa takut dengan melayu yang berpegang dgn agama ?
Melayu yang sebenar Islam tidak mudah dibeli , dan mereka taktau macam mana nak beli jika keempat-empat ini tak dapat ditawan , seriously kamu akan dihormati umpama darah daging mereka , tidur sekatil pun takde masalah .

YANG jadi masalah bila kita tak tahu bagaimana nak menghormati budaya serta adat orang cina , sedangkan mereka lebih mengetahui syariat seseorang yang beragama islam itu ! Kalau dia dah tau kamu pegang kuat dengan islam , nak bagi arak depan kamu pun dia tak berani . Depa LEBIH HORMAT AGAMA KITA dan ianya FAKTA . Kalau angpa dapat lawan 4 nafsu yang di offer tadi la .

So conclusion dia pembawakan sebagai khalifah dan sifat kekeluargaan dengan menghormati budaya dan kefahaman mereka sangat dititik beratkan ! ingat , Lakum dinukum walidyadin , aku ugama aku kau ugama kau . Apa yang haram tetap haram , yang halal itu halal .

Telah diwajibkan kepada umat islam untuk menghormati agama lain , kita hanya menyampaikan dakwah dan berdoa sahaja boleh dijadikan jalan agar mereka terasa sejuk nak mengenal islam . betul tak ?

Kalau tak ada sifat kekeluargaan tu semua macam mana ? apatah lagi nak menjalankan tugas sebagai khalifah dengan menyebarkan islam . ha fikir sendiri . Sebab tanpa dakwah sahaja dah cukup untuk membuatkan seseorang itu terbuka pintu hati untuk mengenal Islam .

Jadi apa yang susah ?



Belajar budaya dan kaji agama mereka , baru kita tahu macam mana nak mulakan langkah dengan menunjukkan sifat seorang islam , kalau tak belajar dua dua tu macam mana nak tau apa syariat budaya mereka .

Depa tau kita tak makan babi , tapi kita surf depa lembu . Depa wat majlis atau perayaan kita duk pakai baju hitam (konon kongsi hahaha) , padahal baju hitam untuk orang mati ! Raya cina bagi angpau warna putih , tu pun untuk orang mati ! jadi siapa yang tak hormat siapa ? haa . renung-renungkan .

Bila dah masuk topik syariat cina ni , depa kefahaman bukan seketul BUDDHA tu je . depa ada mahzab jugak . macam kita lah mahzab syiah la wahabi lah . so memang pening nak faham . terutama sekali bab lembu , orang cina mahzab Mahayana tak makan cez depa pecaya lembu tu penganti "ibu" dalam agama mereka .

So before nak mulakan sifat kekeluargaan baik kaji dulu apa yang mereka suka dan tak suka . kalau kita tahu semua ni , pecayalah depa akan hormat kamu dan percayakan kamu 101% . so bila dah macam tu masuk lah sikit2 dakwah pasal islam :) . Aku dah ada bukti depan mata aku .

Ketua cina kongsi yang memang tukang buat adat sumpah untuk kaum depa cakap kat ayah nak masuk islam . Kesnya kantoi , bini petama nak bunuh diri cez dia dah kawin lagi satu . Nak peluk islam sebab nak tahu macam mana orang islam bleh kawin sampai kawin 4 , dia baru dua nak tebalik dunia hahahahahahhahaha !

Papepn buka mata buang ego kita , dan marilah menjadi tentera yang sebenar :) . Nanti aku upload video seorang mualaf cina yang boleh explain macam mana nak mengenal budaya serta adat orang cina sebelum berdakwah . jgn lupa tengok ok :) .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan