Al-Marhum Syeikh Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah
(Al-Fatihah)
Sahabat
aku bersyukur atas jodoh pertemuan ini
dah lama kita tidak bertemu bukan ?
Sudah lama terpendam diqalbun hati
barah rindu yang tak dapat kau bayangkan
segala kenangan masih mengalir
walau bertahun masa berlalu
Masih aku ingat
waktu itu aku terkapai mencari sang mutiara
aku bongkak aku hina aku hitam dalam perjalanan
lalu ditakdirkan tuhan menemui kalian
semuanya tersenyum menerima ku
Senyum
sungguh ikhlas pancaran nurnya
hingga rapuh realiti ku
kau layan ku bagaikan sang raja
sedangkn aku hanya manusia yang hina
"kenapa abg cium tgn saya ? kenapa abg salam tunduk mcm sy raja ?"
aku marah dan bingung
tapi kamu semuanya hanya tahu tenang dan senyum haha :)
Dari situ baru ku tahu
mereka bukan seperti yang ku sangka
segala sifat , watak dan petuturan mu sangat mulia
hingga aku menangis malam itu melihat perbezaan ku sendiri :(
Dari situ lah ku kenal satu persatu
disitu jugalah ku kenal erti hamba dan pencipta
dan disitulah mulanya sifat ku kamu ubah
makin hari hidup aku makin tenang
dan terus tenang
marah , kusut , benci , dengki , riak
HILANG !
yang hanya ada cuma ketenangan dan senyuman
sungguh nikmat waktu itu :)
malam keesokkan harinya
kamu menjemput ku datang ke Zawiyah
ya
rumah yang disumbangkan oleh syekh raja kpd muridnya
rumah ibadat dan majlis ilmu
disitu lah baru ku tahu
yang aku bersahabat dengan sang perindu abadi
disitu jugalah tempat aku mula mengenali jalannya
rasa terkilan dan bersyukur
sungguhpn terasa betapa bezanya dan hinanya sifat ku ini
namun tidak menjadi persoalan kpd kamu
ahli tarikatullah
satu lagi kenangan yang paling tidak akan aku lupakan !
waktu itu aku dan daniel kelaparan
kamu memanggil kami ke zawiyah untuk mengisi perut
sampainya aku kesana
kambing bakar berempah dihidangkan ! :0
LAZAT TAK TERKATA !
sambil makan kami mempelawa kamu makan
tapi kamu menolak dan menyuruh kami habiskan
(kebetulan waktu tu tersangatlah lapar huhu)
makan dan makan hingga licin !
Lepas kenyang baru teringat nak bertanya
"abg dah makan ke sebenarnya ?"
"belum :)"
Masa tu memang aku dan daniel rasa hancur gila !
"asalkan adi ngan daniel kenyang . rezeki :)"
malu , sedih , tekilan , semua menghempas dada waktu tu
sanggup lapar demi kami sedangkan kamu semua penat2 masak untuk makan malam :'(
dan kamu tetap senyum dan tenang
umpama tiada apa yang terjadi !
sebak sangat waktu tu hanya tuhan saja yang tahu ;'(
selepas sekian lama
Aku sentiasa bersama dengan kalian
macam-macam kisah dan mistik huhu
tiada kekasih yang ada kekasih abadi
sangat tenang dan mengembirakan !
Segala perkara aku ikut bersama
hingga malam dimana majlis mauludnabi
syeikh nazim telah datang ke malaysia untuk turut serta
disitu lah keajaiban berlaku
didoanya dengan penuh tulus hati agar kesemua yang ada malam itu
diberkati , dilindungi etc. dan akhir sekali
"give them a good wife ! expecially to whom whos still looking for it..."
macam tu lah bunyi dia sampai semuanya ketawa dan gembira :D
Dan selepas itulah
secara tidak langsung aku dan daniel mula mempunyai teman wanita
2hari selepas doa yang dimohon syeikh !
Dan segalanya makin lama makin berubah
aku mula kembali kelembah yang asal
pelahan-lahan aku lupa tujuan sebenarku didunia
aku lebihi dunia
hanya kerana satu nikmat sahaja yang dihadiahkan
dan terus ke lembah kegelapan :(
Aku malu akan diri ku
Waktu tu mula malu hendak bersemuka dengan kalian
kerana aku tahu kamu boleh membaca dan melihat seseorang
kadang-kadang sahaja kita bertemu dan sudahnya
aku menghilang
hinggalah sekarang
Mula menegur kalian setahun selepas itu
selepas mendapat berita permergian syeikh raja
hanya beberapa sahabat sahaja yang kutemui
ramai yang telah berhijrah dan kembali ke kampung asal
sarawak , terengannu , sabah , turkey
Tak sempat nak memohon maaf
atas kemaksiatan ke lembah kegelapan
sehinggalah ke hari ini
segala masih menghantui
aku rindukan kalian
sungguhpun tidak kesampaian
aku berjanji akan menjadi insan yang terbaik
dan sentiasa senyum dan belajar erti qadaq dan qadar
walaupun tidak sehebat nur cahaya kalian
segala perjalanan yang telah kalian ajari
akan ku teruskan !
Yazakallah sahabat Zawiahku
semoga Allah sentiasa merahmati kamu semua
agar sentiasa disisi sang kekasih abadi :)
Ya Allah hanya kamu sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang telah sahabat dunia akhirat ku ini lakukan terhadapku , berkatilah perjalanan dunia dan akhirat mereka . Aku bersyukur kepadamu ya Allah atas titik pertemuan yang telah kau rancangkan ini . Berkat doa dan keredhaan mu . amin ! :) .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan