Sabtu, 30 Julai 2011

KEPADA SAHABAT KU







berkelahi tentang usul diri
berkata aku bukan bermaksud membakar hati
gaya aku gaya ini
supaya sama kita pelajari



berkelahi kita lagi
tidak sesekali bermaksud meriak diri
aku tahu kau masih mencari
sungguh aku tetap sekali



maafkan aku jika berkecil hati
tiada niat untuk aku kasari
aku dididik dengan cara ini
percayalah
engkau akan lebih mengerti



Menabur simpati kepada kenali
bukan itu insan sejati
berterus terang lebih bererti
dari memenangi nafsu diri


"siapa diri itu? kenapa? dimana?"
minta maaf
ini caranya untuk mencari
berkelahi tentang usul diri.





Kata Mantik itu sifir . sifir itu hukum logik . hukum logik itu hakikat . tanpa hukum logik susah untuk kita pecahkan soal mengenal diri . tanpa sifir kita hanya menghafal . umpama tahu tapi tidak reti bagaimana nak terangkan . Dari kata Mantik lah bergeraknya segala ertinya .


Jangan dikatakan aku riak aku takbur aku tunjuk pandai aku itu aku ini . Bukannya ilmu aku . bukan niat aku memperlekeh dengan membakar . aku pun diperlakukan begini dahulu . Aku telah dididik dengan cara begini . Aku dah rasakannya . semuanya dari situ untuk datangkan semangat sungguhpun tidak bertapis .


Aku tahu kau luahkan macam-macam perkara kepada sahabat yang lain . tapi bukankah lebih bermakna sekiranya kau beterus terang . tak perlu membangkitkan kata " nak menjaga hati aku" jika kau rasa aku menyakiti hati kau . Adakah dengan menyalurkan secara rahsia dibelakang tirai dapat menyelesaikannya ?


Tidakkah kau ingat aku pernah berterus terang dengan engkau dan minta maaf sekiranya berselisih ? perlukah aku menyimpan benda yang aku dah lepaskan kepada pemiliknya ? tidak bukan . aku puas hati dengan itu . Jadi , sekiranya kau masih nak berdendam dengan benda yang telah lama aku abaikan dan mula mengungkit segala kesah zaman jahil aku kepada sahabat lain . teruskan lah . aku tetap dengan hal aku :) .






2 ulasan:

  1. hari tu psl ape ? haha . mcm2 la manusia , yg hal ni takdo kne mgne psl pmpn .

    BalasPadam