Ahad, 21 Oktober 2012

Pendekatan Akhir Zaman



Mari kita sedar akan hakikat sebenar yang telah lama terjadi pada zaman ni . Ketentuannya hanya bila-bila masa sahaja . Mulakan langkah buat diri ini sekali , supaya terus menuntut apa yang diamanahkan .

"Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa sudah hampir tiba suatu masa, di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, tidak tinggal daripada Al Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Daripada merekalah berpunca fitnah, dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali". 

(Hadis riwayat Al Baihaqi)

1. Islam hanya tinggal pada "namanya" sahaja
2. Al-Quran hanya tinggal tulisannya sahaja
3. Masjidnya tersergam indah, tetapi kosong dari hidayah
4. Ulama yang mementingkan periuk nasi sendiri daripada Islam
5. Fitnah tersebar akibat kedangkalan ulama-ulama jahat

1. Kiasan "Islam hanya tinggal pada namanya sahaja" dari sudut hakikat :-

a) Mengaku dirinya islam kerana ber "bin" ataupun ibu bapanya seorang Islam jadi secara automatik yang dilahirnya juga sebagai islam ? bagaimana jika ibunya cina mualaf bapanya pula melayu cristian ?

renungkan kiasan al-quran ini :
"wahai orang-orang yang BERIMAN masuklah kamu kedalam ISLAM.........."
 Al-Baqarah ayat 208 .

Tidak dinyatakan atau ditujukan kepada orang kafir atau bukan islam , tetapi kepada golongan yang "beriman" yang sudah tentu si pengaku islam . Adakah kita akui diri ini beriman ? apa maksud Iman ? sudah beriman disuruhnya pula masuk ke dalam islam . 

b) Mengucap dua kalimah syahadah hanya dengan kata-kata tanpa tidak mengetahui apa yang dikatakan itu sangat berat maknanya .

"ashhadu alla ilaha ilallah , wa'ashhadu ana muhammadar-rasulullah"
(aku BERSAKSI tiada tuhan selain allah , muhammad itu persuruh allah)

Dia wujud . hakikat wujud ertinya Nyata . Nyata hakikatnya bersaksi atau menyaksikan . jadi mana yang disaksi ? sebelum di-kunnya kita didunia hanya 3perkara yang dipinta . melihat - Mendengar & merasakanNya . bukan amalan yang dilihat . kerana amalan hakikatnya kelakuan . renungkan .


2. Kiasan "AL-Quran hanya tinggal tulisannya sahaja" dari sudut hakikat :-

Sekadar menghafaz & membaca tanpa mendalami maksud sebenar yang dikiaskan didalam Al-Quran .
Kita difahamkan al-quran itu wajib dibaca , pendek cerita khatam . walhal segala ayat itu mendalam dan perlu dikiaskan , bukan sekadar difahamkan bulat-bulat . ia jalan cerita bagi diri , yang sebenarnya itu semua ada pada diri . berfikir dan mendalaminya .

 "Dan bacakanlah kepada mereka, berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada mematuhi ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh hasutan syaitan (sampai dia tergoda), maka dia termasuk orang-orang yang sesat"

Al - Araf ayat 175

 "Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan darjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah; maka perumpmaannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menghulurkan lidahnya, dan jika kamu membiarkannya, dia tetap menghulurkan lidahnya (juga). Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka BERFIKIR"

Al - Araf ayat 176


3. Kiasan "Masjidnya tersergam indah tetapi kosong dari hidayah" dari sudut hakikat :-

Melakukan setiap perbuatan , amalan , kelakuan , syariat semata-mata kerana ingin menunjuk , riak mahupun bangga kepada manusia itu sendiri tanpa keikhlasan (nur pada wajah) dengan perkara itu kepadaNya . Contohnya solat , solat kerana apa ? kerana pahala ? kerana syurga ? kerana wajib ? atau kerana allah semata2 . hadirkan keikhlasan . sungguhpun pada sudut hakikat solat itu kelakuan , kelakuan jatuh kepada sifat , sifat jatuh kepada Ma'ani iaitu 4 pecahan bagi sifat 20 , ma'ani jatuh kepada muhamad diri . melakonkan kembali .

"Neraka wail lah (balasannya) bagi orang yang sembahyang . Iaitu mereka dalam keadaan lalai..."
Al - Ma'un ayat 4 & 5

Jadi perlu bagi kita mengenali setiap perbuatan serta amalan supaya tidak jatuh ke arah Islam ikut-ikut atau islam lalang , tetapi Islam Tuntut . allah maha mengetahui segala isi hati , tidak perlu bermunafikan diri . Sungguhpun kita melihat masjidnya kusam teruk , tetapi mungin dalamannya penuh dengan hidayah .


4. "Ulama yang mementingkan periuk nasi sendiri daripada islam" :-

Kepentingan terhadap dunia kerana mahukan mengejar pangkat dan populariti menguasai hidup mereka hingga berani menghalalkan apa yang diharamkan oleh allah , menyembunyikan kebenaran kerana takut keduniaannya tersekat ataupun periuk nasinya tersekat hingga sanggup menggadai agama . 


5. "Fitnah tersebar daripada kedangkalan ulama-ulama yang jahat" :-

Fitnah yang semakin menular terhadap kehidupan masyarakat serta maksiatan terhadap agama Islam . Industri hiburan yang melibatkan umat islam yang tidak lagi menjaga tatatertib syariat hingga ke tahap paling seksi menjadi juadah mata setiap hari di dalam tv . 

Berlaku kerana Ulama-ulama yang jahat mendiamkan diri dan tidak mahu mengulas mengenainya kerana takut segala kemudahan dan juga pangkat di dunia yang di kecapi ini akan hilang , sungguhpun islam daripada diri umat islam menjadi salah satu perkara hidup , yang syariat tetap harus di bawa bukan sekadar hakikat . Itu yang terjadi bila Islam juga ingin di politikkan sekali .


SO . Masihkah kita ragu-ragu tentang apa yang tertulis dalam al-quran dan hadis yang sahih ? sudah kah kita sedar bahawa hakikat keadaan dunia sekarang ini ? renungkan dan selamat beramal haha . 

1 ulasan:

  1. Tambahkan ilmu melalui pembacaan di blog ini:
    http://kepustakaanmelayu.blogspot.com/

    BalasPadam