Ya Kali nie kite akan mengupas mengenai Hati . Diharap pembaca fahami betul-betul tentang apa yang akan diutarakan . Bab ini dah sampai ke peringkat hakikat , lebih elok berjumpa dengan guru yang faham tentang "Pengajian 4" ataupun Usul diri . Elakkan merujuk kepada guru syariat yea :) .
MUKADIMAH
Bab Hati . Perkara yang perlu sangat kita ketahui . Disitulah tempat yang perlu dijaga , disolatkan , di amanahkan kepada kita . Zahirnya kecil tapi pada hakikatnya disitulah 1001 rahsia terkandung dan disitu jugalah awal dan terakhir .
Apa yang akan dibentangkan selepas ini masih diketegorikan sebagai "asas" pada yang sedang mengaji bab hati . Pada yang masih tiada guru pengajian , rajin-rajin lah mencari , insyallah pasti jumpa . PERLU bagi kita untuk menuntut lebih dalam lagi pecahan hati ini mahupun sifir-sifirnya kepada guru-guru yang musyrik , sedangkan yang menuntut pun memakan masa yang lama untuk faham macam saya yg looser ni hehe .
jangan takut akan sesat untuk pulang mencari jalanNya
kerana yang takut akan KESESATAN itulah yang akan sesat selamanya
bukannya orang yang usaha untuk mengenal diriNya
salah kita kerana lalai di dunia
bukan amalanmu yang akan dilihat nanti
tetapi diri sebenar diri mu itu sendiri
diberinya kunci
jadi carilah jalan hingga jumpa pintu sang hakiki !
12:18am 22/10/2012
Pengenalan HATI
Petikan dari baginda yang telah bersabda mengenai hati :-
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak adam itu ada seketul daging .
bila baik niscaya baiklah seluruh angota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh
angota tubuhnya . ketahuilah ia itulah Qalbu"
Kiasan sifir yang telah diberi petunjuk oleh baginda . Dalam petikan diatas telah diberitahu dalam tubuh (Rangka) ada seketul daging (hati), didalam hati pula ada Qalbu (Buah hati) .
Dan pecahannya ada lagi mendalam , dan yang dalam-dalam ni la kena ingat balik asas-asas Usul Fekah Tasawuf dan Ketuhanan tu . Apa itu nur muhammad ? apa itu zat sifat asma afaal ? awal kejadian nur ? etc .
Aku sudi terangkan tentang kaitan-kaitan tu cuma tak berani sangat je nak tulis dalam ni , kecuali secara privasi kerana syariat membataskannya (faham2 jela hehehe) . Macam yang telah dikatakan , topik ini perlu berguru baru senang faham .
Bahagian Diri Terajali masih ok , itu masih lagi dalam pengertian "syariat hidup" jadi semua orang tahu . Cuma bila dah masuk tajuk Diri Terperi , Hakiki dan Sebenar diri je akan poning hehe .
Dan pecahannya ada lagi mendalam , dan yang dalam-dalam ni la kena ingat balik asas-asas Usul Fekah Tasawuf dan Ketuhanan tu . Apa itu nur muhammad ? apa itu zat sifat asma afaal ? awal kejadian nur ? etc .
Aku sudi terangkan tentang kaitan-kaitan tu cuma tak berani sangat je nak tulis dalam ni , kecuali secara privasi kerana syariat membataskannya (faham2 jela hehehe) . Macam yang telah dikatakan , topik ini perlu berguru baru senang faham .
Bahagian Diri Terajali masih ok , itu masih lagi dalam pengertian "syariat hidup" jadi semua orang tahu . Cuma bila dah masuk tajuk Diri Terperi , Hakiki dan Sebenar diri je akan poning hehe .
Aku dah sediakan gambarajah dibawah , moga lebih jelas dan senang untuk dirujuk selepas ini .
Ok di atas ini lah peringkat yang ada didalam hati dan inilah sebenarnya yang perlu dijaga , bukan jasad . Ia juga digelar tali qalbi , umpama pintu yang harus dibuka satu persatu untuk menuju dan mencari hakikat diri sebenarNya . Disini lah juga tempat turun naik , atas bawah keluar masuk , atau sebahagian dimana seseorang itu kita lihat diluar fikiran logik akal .
RANGKA , HATI , BUAH HATI
Rangkap pertama dalam kurungan ini hakikatnya dalam istilah jasmani diri . Membawa maksud sifat yang zahir pada diri iaitu syariat .
Di dalam kerangka adam itu ada hati . Di dalam hati ada buah hati . Definisi hakikat bagi Buah hati jatuh pada rasa . Ataupun digelar Khafi iaitu bisikan hati . Dan di sini juga lah guru aku berkata kebanyakkan manusia itu melangkah masuk ke syirik khafi tanpa disedari atau syirik tersembunyi .
Tetapi jika dibawa masuk ke dalam sifat rasa seruan untuk mendekati dirinya seperti azan khafi , kita masih lagi di peringkat buah hati dan belum lagi hingga ke aras bawah . Apa yang dijanjikan segalanya perlu di bawah sekali .
Ada antaranya merasa bangga dengan amalannya sedang mungkin hanya baru sahaja tercapai pada pangkat buah hati dimana , selagi 3 dibawahnya tidak dapat ditumbangkan selagi itu masih belum mencapai cahayanya . Jadi adakah kita yakin amalan serta cinta kita terhadap Allah selama ini diterimanya ?
Contoh Bisikan Positif Khafi :-
John sedang berjalan di tepi masjid lalu terdengar laungan azan berkumandang , lalu terdetik suara dihatinya "eluk jugak aku singgah solat kejap, erm tapi rasa malas la pulak haih . nak ke tknk nak ke taknak" , secara tidak sengaja John telah memasang NIAT derect dari buah hati (ini baru erti sebenar niat , bukan yang 'sahaje aku puasa esok bla3' hahaha) , tapi antara dia mahu menjalankan solat atau tidak (keikhlasan) . Keikhlasan itu lah sebenarnya yang dimahukn dari melakukan amalan tetapi hati kata lain . bknkah satu penderhakaan ? sorry to say itulah kebykkn org lamo yg dah faham takkn buat benda yang boleh jatuhkn dosa lagi teruk umpama mempersendakan tuhan , ikhlas dihati tak ada tapi pergi ke masjid hanya kerana nak manusia lihat sifat "alim"nya :) . Bukan setakat solat yea , apa jua sekalipun , kita harus ikhlas . hehe . mudah2an .
Contoh Bisikan Negative Khafi :-
seorang wanita ditinggalkan kekasihnya . Lalu terdetiklah suara dihati , "Aku tidak boleh hidup tanpa si dia , aku lebih rela mati jika bergini..." Lagi malang kalau betul-betul dia membunuh diri !
Jika dah tahap sebegini , tak mungkin lagi wanita itu meletakkan teman lelakinya ke dalam buah hati atau tirai hati . Mungkin dah sampai ke tahap Cahaya hati sampai sanggup mati atau melakukan apa sahaja . hahaha . Jatuh lebih dari itu dah ketegori menduakan tuhan , hukuman mendatori tiada maaf bagi mu .
Kebanyakkan kita jaga bahagian Syirik Jali sahaja (syirik jelas) . Kita dengan sedaya upaya mengesakan Allah dan tidak menyembah berhala yang ZAHIR . Namun penyembahan kepada "BERHALA YANG GHAIB" yang mungkin secara tak sedar kita sedang lakukan , seperti watak si polan diatas .
Ya kita tidak sempurna , dan bukannya maksum . Cuma janganlah sayang sampai menangis satu baldi atau nak bunuh diri . nauzubillahiminzalik . haha . yakin akan qadaq dan qadar , mudah-mudahan dapat dielakkan yea . Thats why org tua kata biasakan sebut astaughfirullah atau nama Allah , untuk potong rasa hati je bila terlepas kata atau pape jelah . hehe .
JADI !
Definisi sebenar buah hati ini masih lagi pada peringkat "Rasa" . Tak kisah la apa rasa yang keluar dari hati , tapi itu masih lagi peringkat yang paling awal . Sebab peringkat awal ni la dari rasa suka boleh jadi rasa benci dari mulut hati sendiri .
MAHLIGAI , TIRAI , KELAMBU
BERSAMBUNG ESUK OKAY . ACTUALLY TAKDE MOOD . KALAU TYPE JUGAK NANTI MAIN GUNA AKAL JE TYPE TP PENGHAYATAN TAKDE KOH3 .
Assalamualaikum,
BalasPadamUpdate please
Assalamualaikum...di manakah tuan hamba telah menghilang ^^
BalasPadammungkin sambungan nya kita kene mencari atau jmpe guru..
BalasPadam