Rabu, 9 Oktober 2013

Im Alive :p



Well hello there bloggers ! :D

Dah lama aku tak update blog nie . Pejam celik pejam celik dah dekat nak masuk 5 tahun dah usia blog nie hahaha . Bila baca balik segala karangan yang aku catitkan rasa kelakar pun ada jugak , setiap nurkilan terimbas kembali dari zaman aku belajar sampai la ke lani . Teringin pulak rasanya nak cerita detik awal aku mengenal blog .

Terciptanya blog ini masa 19/04/2009 , waktu tu aku baru sahaja depart ke Australia untuk sambung belajar . Masa tu nak contact rakan or family pakai myspace , benda lain aku macam leceh sikit . So bila ramai je yang asik tanya keadaan aku kat sana sampai aku pun dah naik muak nak cakap benda yang sama tercetuslah idea untuk aku buat blog ini . Kena la dengan tajuk blog "Journey of my life" hahaha .

Part yang lucu dalam blog ni bila tengok balik perjalanan diri aku dari mula sampai lah yang last update , macam-macam ragam . haha . baik jahat baik jahat baik jahat jahat jahat jahat jahat jahat . Imbas kenangan lama awal aku belajar dahulu , jadi freethinker lah , sesat la macam-macam jalan , macam-macam benda aku redah and aku buat . bila teringat balik terasa bodoh haha . Tapi besyukur kalaulah aku tak kenal apa erti semua tu , apa RASA semua tu  , takkan aku kenal siapa aku . sampai la lah keliang lahad . jadi bangkai . haha .

aku malas nak update panjang-panjang sebab takde masa dah ni hihi , untuk sambungan catatan kat bawah ni yang entah berapa lama aku tak update insyallah kalau ada masa , kalau ada pedoman , kalau waras , akan ku sambung nurkilannya . Thankyou kepada yang feedback and ingin tahu , cuma saya nak notekan disini , jangan ikutkan apa yang saya karangkan mengenai usul dalam blog ini , ianya hanya santapan dan perkongsian ilmuan . ikutlah hati , hati si jauhari . kerana guru yang sebenar-benar guru adalah diri sendiri , diri itu juga lah imam . peace :) .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan