Selasa, 22 Oktober 2013

Ahzab 72


sunyi dan dingin dipagi buta 
aku terkedu dalam alpa
takala sanisa menasapi diri
menyeluputi diri si hina

begetar jasad
takala cahaya berpinar
meresap tirai 
terus berhubung

kenapa dengan aku ?

jelas sekali rungkaian diminda
si jahil yang bodoh !
dimana sidiq dimana amanah ?
dimana tabligh dimana fathonah !

HAIWAN !

Rabu, 9 Oktober 2013

Im Alive :p



Well hello there bloggers ! :D

Dah lama aku tak update blog nie . Pejam celik pejam celik dah dekat nak masuk 5 tahun dah usia blog nie hahaha . Bila baca balik segala karangan yang aku catitkan rasa kelakar pun ada jugak , setiap nurkilan terimbas kembali dari zaman aku belajar sampai la ke lani . Teringin pulak rasanya nak cerita detik awal aku mengenal blog .

Terciptanya blog ini masa 19/04/2009 , waktu tu aku baru sahaja depart ke Australia untuk sambung belajar . Masa tu nak contact rakan or family pakai myspace , benda lain aku macam leceh sikit . So bila ramai je yang asik tanya keadaan aku kat sana sampai aku pun dah naik muak nak cakap benda yang sama tercetuslah idea untuk aku buat blog ini . Kena la dengan tajuk blog "Journey of my life" hahaha .

Part yang lucu dalam blog ni bila tengok balik perjalanan diri aku dari mula sampai lah yang last update , macam-macam ragam . haha . baik jahat baik jahat baik jahat jahat jahat jahat jahat jahat . Imbas kenangan lama awal aku belajar dahulu , jadi freethinker lah , sesat la macam-macam jalan , macam-macam benda aku redah and aku buat . bila teringat balik terasa bodoh haha . Tapi besyukur kalaulah aku tak kenal apa erti semua tu , apa RASA semua tu  , takkan aku kenal siapa aku . sampai la lah keliang lahad . jadi bangkai . haha .

aku malas nak update panjang-panjang sebab takde masa dah ni hihi , untuk sambungan catatan kat bawah ni yang entah berapa lama aku tak update insyallah kalau ada masa , kalau ada pedoman , kalau waras , akan ku sambung nurkilannya . Thankyou kepada yang feedback and ingin tahu , cuma saya nak notekan disini , jangan ikutkan apa yang saya karangkan mengenai usul dalam blog ini , ianya hanya santapan dan perkongsian ilmuan . ikutlah hati , hati si jauhari . kerana guru yang sebenar-benar guru adalah diri sendiri , diri itu juga lah imam . peace :) .

Isnin, 22 Oktober 2012

Pengenalan Bab Hati (update!)




       Ya Kali nie kite akan mengupas mengenai Hati . Diharap pembaca fahami betul-betul tentang apa yang akan diutarakan . Bab ini dah sampai ke peringkat hakikat , lebih elok berjumpa dengan guru yang faham tentang "Pengajian 4" ataupun Usul diri . Elakkan merujuk kepada guru syariat yea :) .


MUKADIMAH
   
 Bab Hati . Perkara yang perlu sangat kita ketahui . Disitulah tempat yang perlu dijaga , disolatkan , di amanahkan kepada kita . Zahirnya kecil tapi pada hakikatnya disitulah 1001 rahsia terkandung dan disitu jugalah awal dan terakhir .

Apa yang akan dibentangkan selepas ini masih diketegorikan sebagai "asas" pada yang sedang mengaji bab hati . Pada yang masih tiada guru pengajian , rajin-rajin lah mencari , insyallah pasti jumpa . PERLU bagi kita untuk menuntut lebih dalam lagi pecahan hati ini mahupun sifir-sifirnya kepada guru-guru yang musyrik , sedangkan yang menuntut pun memakan masa yang lama untuk faham macam saya yg looser ni hehe .

jangan takut akan sesat untuk pulang mencari jalanNya
 kerana yang takut akan KESESATAN itulah yang akan sesat selamanya
bukannya orang yang usaha untuk mengenal diriNya
salah kita kerana lalai di dunia 

bukan amalanmu yang akan dilihat nanti
tetapi diri sebenar diri mu itu sendiri
diberinya kunci
jadi carilah jalan hingga jumpa pintu sang hakiki !
12:18am 22/10/2012


Pengenalan HATI 

Petikan dari baginda yang telah bersabda mengenai hati :-

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak adam itu ada seketul daging .
bila baik niscaya baiklah seluruh angota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh
angota tubuhnya . ketahuilah ia itulah Qalbu"

Kiasan sifir yang telah diberi petunjuk oleh baginda . Dalam petikan diatas telah diberitahu dalam tubuh (Rangka) ada seketul daging (hati), didalam hati pula ada Qalbu (Buah hati) .

Dan pecahannya ada lagi mendalam , dan yang dalam-dalam ni la kena ingat balik asas-asas Usul Fekah Tasawuf dan Ketuhanan tu . Apa itu nur muhammad ? apa itu zat sifat asma afaal ? awal kejadian nur ? etc .

Aku sudi terangkan tentang kaitan-kaitan tu cuma tak berani sangat je nak tulis dalam ni , kecuali secara privasi kerana syariat membataskannya (faham2 jela hehehe) . Macam yang telah dikatakan , topik ini perlu berguru baru senang faham .

Bahagian Diri Terajali masih ok , itu masih lagi dalam pengertian "syariat hidup" jadi semua orang tahu . Cuma bila dah masuk tajuk Diri Terperi , Hakiki dan Sebenar diri je akan poning hehe .

Aku dah sediakan gambarajah dibawah , moga lebih jelas dan senang untuk dirujuk selepas ini .


Ok di atas ini lah peringkat yang ada didalam hati dan inilah sebenarnya yang perlu dijaga , bukan jasad . Ia juga digelar tali qalbi , umpama pintu yang harus dibuka satu persatu untuk menuju dan mencari hakikat diri sebenarNya . Disini lah juga tempat turun naik , atas bawah keluar masuk , atau sebahagian dimana seseorang itu kita lihat diluar fikiran logik akal .  



RANGKA , HATI , BUAH HATI



Rangkap pertama dalam kurungan ini hakikatnya dalam istilah jasmani diri . Membawa maksud sifat yang zahir pada diri iaitu syariat .

Di dalam kerangka adam itu ada hati . Di dalam hati ada buah hati . Definisi hakikat bagi Buah hati jatuh pada rasa . Ataupun digelar Khafi iaitu bisikan hati . Dan di sini juga lah guru aku berkata kebanyakkan manusia itu melangkah masuk ke syirik khafi tanpa disedari atau syirik tersembunyi .

Tetapi jika dibawa masuk ke dalam sifat rasa seruan untuk mendekati dirinya seperti azan khafi , kita masih lagi di peringkat buah hati dan belum lagi hingga ke aras bawah . Apa yang dijanjikan segalanya perlu di bawah sekali .

Ada antaranya merasa bangga dengan amalannya sedang mungkin hanya baru sahaja tercapai pada pangkat buah hati dimana , selagi 3 dibawahnya tidak dapat ditumbangkan selagi itu masih belum mencapai cahayanya . Jadi adakah kita yakin amalan serta cinta kita terhadap Allah selama ini diterimanya ?

Contoh Bisikan Positif  Khafi :-

John sedang berjalan di tepi masjid lalu terdengar laungan azan berkumandang , lalu terdetik suara dihatinya "eluk jugak aku singgah solat kejap, erm tapi rasa malas la pulak haih . nak ke tknk nak ke taknak" , secara tidak sengaja John telah memasang NIAT derect dari buah hati (ini baru erti sebenar niat , bukan yang 'sahaje aku puasa esok bla3' hahaha) , tapi antara dia mahu menjalankan solat atau tidak (keikhlasan) . Keikhlasan itu lah sebenarnya yang dimahukn dari melakukan amalan tetapi hati kata lain . bknkah satu penderhakaan ? sorry to say itulah kebykkn org lamo yg dah faham takkn buat benda yang boleh jatuhkn dosa lagi teruk umpama mempersendakan tuhan , ikhlas dihati tak ada tapi pergi ke masjid hanya kerana nak manusia lihat sifat "alim"nya :) . Bukan setakat solat yea , apa jua sekalipun , kita harus ikhlas . hehe . mudah2an .


Contoh Bisikan Negative Khafi :-

seorang wanita ditinggalkan kekasihnya . Lalu terdetiklah suara dihati , "Aku tidak boleh hidup tanpa si dia , aku lebih rela mati jika bergini..." Lagi malang kalau betul-betul dia membunuh diri !

Jika dah tahap sebegini , tak mungkin lagi wanita itu meletakkan teman lelakinya ke dalam buah hati atau tirai hati . Mungkin dah sampai ke tahap Cahaya hati sampai sanggup mati atau melakukan apa sahaja . hahaha . Jatuh lebih dari itu dah ketegori menduakan tuhan , hukuman mendatori tiada maaf bagi mu .

Kebanyakkan kita jaga bahagian Syirik Jali sahaja (syirik jelas) . Kita dengan sedaya upaya mengesakan Allah dan tidak menyembah berhala yang ZAHIR . Namun penyembahan kepada "BERHALA YANG GHAIB" yang mungkin secara tak sedar kita sedang lakukan , seperti watak si polan diatas .

Ya kita tidak sempurna , dan bukannya maksum . Cuma janganlah sayang sampai menangis satu baldi atau nak bunuh diri . nauzubillahiminzalik . haha . yakin akan qadaq dan qadar , mudah-mudahan dapat dielakkan yea . Thats why org tua kata biasakan sebut astaughfirullah atau nama Allah , untuk potong rasa hati je bila terlepas kata atau pape jelah . hehe .

JADI !

Definisi sebenar buah hati ini masih lagi pada peringkat "Rasa" . Tak kisah la apa rasa yang keluar dari hati , tapi itu masih lagi peringkat yang paling awal . Sebab peringkat awal ni la dari rasa suka boleh jadi rasa benci  dari mulut hati sendiri .


MAHLIGAI , TIRAI , KELAMBU



BERSAMBUNG ESUK OKAY . ACTUALLY TAKDE MOOD . KALAU TYPE JUGAK NANTI MAIN GUNA AKAL JE TYPE TP PENGHAYATAN TAKDE KOH3 .

Ahad, 21 Oktober 2012

Pendekatan Akhir Zaman



Mari kita sedar akan hakikat sebenar yang telah lama terjadi pada zaman ni . Ketentuannya hanya bila-bila masa sahaja . Mulakan langkah buat diri ini sekali , supaya terus menuntut apa yang diamanahkan .

"Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa sudah hampir tiba suatu masa, di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, tidak tinggal daripada Al Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Daripada merekalah berpunca fitnah, dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali". 

(Hadis riwayat Al Baihaqi)

1. Islam hanya tinggal pada "namanya" sahaja
2. Al-Quran hanya tinggal tulisannya sahaja
3. Masjidnya tersergam indah, tetapi kosong dari hidayah
4. Ulama yang mementingkan periuk nasi sendiri daripada Islam
5. Fitnah tersebar akibat kedangkalan ulama-ulama jahat

1. Kiasan "Islam hanya tinggal pada namanya sahaja" dari sudut hakikat :-

a) Mengaku dirinya islam kerana ber "bin" ataupun ibu bapanya seorang Islam jadi secara automatik yang dilahirnya juga sebagai islam ? bagaimana jika ibunya cina mualaf bapanya pula melayu cristian ?

renungkan kiasan al-quran ini :
"wahai orang-orang yang BERIMAN masuklah kamu kedalam ISLAM.........."
 Al-Baqarah ayat 208 .

Tidak dinyatakan atau ditujukan kepada orang kafir atau bukan islam , tetapi kepada golongan yang "beriman" yang sudah tentu si pengaku islam . Adakah kita akui diri ini beriman ? apa maksud Iman ? sudah beriman disuruhnya pula masuk ke dalam islam . 

b) Mengucap dua kalimah syahadah hanya dengan kata-kata tanpa tidak mengetahui apa yang dikatakan itu sangat berat maknanya .

"ashhadu alla ilaha ilallah , wa'ashhadu ana muhammadar-rasulullah"
(aku BERSAKSI tiada tuhan selain allah , muhammad itu persuruh allah)

Dia wujud . hakikat wujud ertinya Nyata . Nyata hakikatnya bersaksi atau menyaksikan . jadi mana yang disaksi ? sebelum di-kunnya kita didunia hanya 3perkara yang dipinta . melihat - Mendengar & merasakanNya . bukan amalan yang dilihat . kerana amalan hakikatnya kelakuan . renungkan .


2. Kiasan "AL-Quran hanya tinggal tulisannya sahaja" dari sudut hakikat :-

Sekadar menghafaz & membaca tanpa mendalami maksud sebenar yang dikiaskan didalam Al-Quran .
Kita difahamkan al-quran itu wajib dibaca , pendek cerita khatam . walhal segala ayat itu mendalam dan perlu dikiaskan , bukan sekadar difahamkan bulat-bulat . ia jalan cerita bagi diri , yang sebenarnya itu semua ada pada diri . berfikir dan mendalaminya .

 "Dan bacakanlah kepada mereka, berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada mematuhi ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh hasutan syaitan (sampai dia tergoda), maka dia termasuk orang-orang yang sesat"

Al - Araf ayat 175

 "Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan darjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah; maka perumpmaannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menghulurkan lidahnya, dan jika kamu membiarkannya, dia tetap menghulurkan lidahnya (juga). Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka BERFIKIR"

Al - Araf ayat 176


3. Kiasan "Masjidnya tersergam indah tetapi kosong dari hidayah" dari sudut hakikat :-

Melakukan setiap perbuatan , amalan , kelakuan , syariat semata-mata kerana ingin menunjuk , riak mahupun bangga kepada manusia itu sendiri tanpa keikhlasan (nur pada wajah) dengan perkara itu kepadaNya . Contohnya solat , solat kerana apa ? kerana pahala ? kerana syurga ? kerana wajib ? atau kerana allah semata2 . hadirkan keikhlasan . sungguhpun pada sudut hakikat solat itu kelakuan , kelakuan jatuh kepada sifat , sifat jatuh kepada Ma'ani iaitu 4 pecahan bagi sifat 20 , ma'ani jatuh kepada muhamad diri . melakonkan kembali .

"Neraka wail lah (balasannya) bagi orang yang sembahyang . Iaitu mereka dalam keadaan lalai..."
Al - Ma'un ayat 4 & 5

Jadi perlu bagi kita mengenali setiap perbuatan serta amalan supaya tidak jatuh ke arah Islam ikut-ikut atau islam lalang , tetapi Islam Tuntut . allah maha mengetahui segala isi hati , tidak perlu bermunafikan diri . Sungguhpun kita melihat masjidnya kusam teruk , tetapi mungin dalamannya penuh dengan hidayah .


4. "Ulama yang mementingkan periuk nasi sendiri daripada islam" :-

Kepentingan terhadap dunia kerana mahukan mengejar pangkat dan populariti menguasai hidup mereka hingga berani menghalalkan apa yang diharamkan oleh allah , menyembunyikan kebenaran kerana takut keduniaannya tersekat ataupun periuk nasinya tersekat hingga sanggup menggadai agama . 


5. "Fitnah tersebar daripada kedangkalan ulama-ulama yang jahat" :-

Fitnah yang semakin menular terhadap kehidupan masyarakat serta maksiatan terhadap agama Islam . Industri hiburan yang melibatkan umat islam yang tidak lagi menjaga tatatertib syariat hingga ke tahap paling seksi menjadi juadah mata setiap hari di dalam tv . 

Berlaku kerana Ulama-ulama yang jahat mendiamkan diri dan tidak mahu mengulas mengenainya kerana takut segala kemudahan dan juga pangkat di dunia yang di kecapi ini akan hilang , sungguhpun islam daripada diri umat islam menjadi salah satu perkara hidup , yang syariat tetap harus di bawa bukan sekadar hakikat . Itu yang terjadi bila Islam juga ingin di politikkan sekali .


SO . Masihkah kita ragu-ragu tentang apa yang tertulis dalam al-quran dan hadis yang sahih ? sudah kah kita sedar bahawa hakikat keadaan dunia sekarang ini ? renungkan dan selamat beramal haha . 

Sabtu, 20 Oktober 2012

Tanjung Harapan



adanya aku bukan kerana indah sulaman zahir mu 
tapi atas dasar sucinya keimanan mu itu 
tulus penglihatan dari ampaian mata majazi ku
dan dari pancaran sifat mu itu lah 
lahirnya aku yang sekarang ini


lapisan kaca yang dipancarkan dulu tidak terdaya

pantulannya pudar tanpa titik yang tunggal
makin pudar makin samar ditewaskan sang pencerekarama
mahukan teguh seperti sulaiman memerangi si ratu balqis
Agar imannya si dia diseliputi diri
lalu gah bersatu hati buat cerita dua sang merpati ini


itulah cahaya cinta yang dinanti

tapi sayangnya
si munafik diri
tiada daya lagi yang dapat ku karangi 
terus ku kambus dan biarkan si nafas pergi
tiada jodoh yang boleh dirancangkan lagi
jika ketentuan sudah sering menampilkan diri
dalam diri suara sebenar hati


tiba saat rahsia pancaran memunculkan diri

rusukkan nur yang ku ilhami selama ini
terasa tusukannya itu terus ke kiri  
terus memantuli cermin di tirai jauhari
tajam cahayanya yang terperi
dikaji dan diteliti
"adakah aku bermimpi?"
tidak sama sekali 
itulah dia 
si pelangi 



Khamis, 18 Oktober 2012

Nukilan Buat Mutiara

Al-Marhum Syeikh Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah
(Al-Fatihah)



Sahabat
aku bersyukur atas jodoh pertemuan ini
dah lama kita tidak bertemu bukan ?

Sudah lama terpendam diqalbun hati
barah rindu yang tak dapat kau bayangkan
segala kenangan masih mengalir
walau bertahun masa berlalu

Masih aku ingat 
waktu itu aku terkapai mencari sang mutiara
aku bongkak aku hina aku hitam dalam perjalanan
lalu ditakdirkan tuhan menemui kalian
semuanya tersenyum menerima ku

Senyum
sungguh ikhlas pancaran nurnya
hingga rapuh realiti ku
kau layan ku bagaikan sang raja 
sedangkn aku hanya manusia yang hina

"kenapa abg cium tgn saya ? kenapa abg salam tunduk mcm sy raja ?"
aku marah dan bingung
tapi kamu semuanya hanya tahu tenang dan senyum haha :)
Dari situ baru ku tahu 
mereka bukan seperti yang ku sangka
segala sifat , watak dan petuturan mu sangat mulia
hingga aku menangis malam itu melihat perbezaan ku sendiri :(

Dari situ lah ku kenal satu persatu
disitu jugalah ku kenal erti hamba dan pencipta
dan disitulah mulanya sifat ku kamu ubah
makin hari hidup aku makin tenang
dan terus tenang 
marah , kusut , benci , dengki , riak
HILANG !
yang hanya ada cuma ketenangan dan senyuman
sungguh nikmat waktu itu :)

malam keesokkan harinya
kamu menjemput ku datang ke Zawiyah
ya
rumah yang disumbangkan oleh syekh raja kpd muridnya
rumah ibadat dan majlis ilmu
disitu lah baru ku tahu
yang aku bersahabat dengan sang perindu abadi
disitu jugalah tempat aku mula mengenali jalannya
rasa terkilan dan bersyukur
sungguhpn terasa betapa bezanya dan hinanya sifat ku ini
namun tidak menjadi persoalan kpd kamu
ahli tarikatullah

satu lagi kenangan yang paling tidak akan aku lupakan !
waktu itu aku dan daniel kelaparan
kamu memanggil kami ke zawiyah untuk mengisi perut
sampainya aku kesana
kambing bakar berempah dihidangkan ! :0
LAZAT TAK TERKATA !
sambil makan kami mempelawa kamu makan
tapi kamu menolak dan menyuruh kami habiskan
(kebetulan waktu tu tersangatlah lapar huhu)
makan dan makan hingga licin !

Lepas kenyang baru teringat nak bertanya
"abg dah makan ke sebenarnya ?"
"belum :)"
Masa tu memang aku dan daniel rasa hancur gila !
"asalkan adi ngan daniel kenyang . rezeki :)"
malu , sedih , tekilan , semua menghempas dada waktu tu
sanggup lapar demi kami sedangkan kamu semua penat2 masak untuk makan malam :'(
dan kamu tetap senyum dan tenang
umpama tiada apa yang terjadi !
sebak sangat waktu tu hanya tuhan saja yang tahu ;'(

selepas sekian lama
Aku sentiasa bersama dengan kalian
macam-macam kisah dan mistik huhu
tiada kekasih yang ada kekasih abadi
sangat tenang dan mengembirakan !

Segala perkara aku ikut bersama
hingga malam dimana majlis mauludnabi
syeikh nazim telah datang ke malaysia untuk turut serta
disitu lah keajaiban berlaku
didoanya dengan penuh tulus hati agar kesemua yang ada malam itu
diberkati , dilindungi etc. dan akhir sekali
"give them a good wife ! expecially to whom whos still looking for it..."
macam tu lah bunyi dia sampai semuanya ketawa dan gembira :D

Dan selepas itulah
secara tidak langsung aku dan daniel mula mempunyai teman wanita
2hari selepas doa yang dimohon syeikh !

Dan segalanya makin lama makin berubah
aku mula kembali kelembah yang asal
pelahan-lahan aku lupa tujuan sebenarku didunia
aku lebihi dunia
hanya kerana satu nikmat sahaja yang dihadiahkan
dan terus ke lembah kegelapan :(

Aku malu akan diri ku 
Waktu tu mula malu hendak bersemuka dengan kalian
kerana aku tahu kamu boleh membaca dan melihat seseorang
kadang-kadang sahaja kita bertemu dan sudahnya
aku menghilang
hinggalah sekarang

Mula menegur kalian setahun selepas itu
selepas mendapat berita permergian syeikh raja
hanya beberapa sahabat sahaja yang kutemui
ramai yang telah berhijrah dan kembali ke kampung asal
sarawak , terengannu , sabah , turkey

Tak sempat nak memohon maaf
atas kemaksiatan ke lembah kegelapan
sehinggalah ke hari ini
segala masih menghantui
aku rindukan kalian
sungguhpun tidak kesampaian
aku berjanji akan menjadi insan yang terbaik
dan sentiasa senyum dan belajar erti qadaq dan qadar
walaupun tidak sehebat nur cahaya kalian
segala perjalanan yang telah kalian ajari
akan ku teruskan !

Yazakallah sahabat Zawiahku 
semoga Allah sentiasa merahmati kamu semua
agar sentiasa disisi sang kekasih abadi :)

        Ya Allah hanya kamu sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang telah sahabat dunia akhirat ku ini lakukan terhadapku , berkatilah perjalanan dunia dan akhirat mereka . Aku bersyukur kepadamu ya Allah atas titik pertemuan yang telah kau rancangkan ini . Berkat doa dan keredhaan mu . amin ! :) .

Rabu, 17 Oktober 2012

Memahami Adat & Kepercayaan Masyarakat Cina by Bro Lim




INI VIDEO MENGENAI BAGAIMANA NAK MEMAHAMI ADAT DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT CINA . SANGAT BEST DAN SENANG FAHAM ! TAHNIAH BROTHER LIM ! :) .




SYEIKH ABDULLAH TAKAZAWA
Kisah silam : Japanese Mafia , Ex-Tattoo Become Imam
Shaykh Abdullah Takazawa from Japan, was previously a tattoo artist for the Yakuza (Japanese Mafia), but when Allah blessed him with Islam through the Daa'wa of a foreign brother, he traveled to Saudi to make Hajj, then was offered a scholarship to seek knowledge there, where he stayed for several years. He came back to become an Imam in Tokyo. Masha'Allah, a very, very humble brother! Proves again, you should never exclude ANYONE from Daa'wa!

Mengenali bangsa cina :)




Seperti yang aku janjikan semalam . Sebelum kita ingin mengubah persepsi masyarakat cina tentang melayu "islam", kita perlu menjadikan mereka percaya serta yakin 101% terhadap kita .

Bagaimana ?

Jika sekadar menghormati dengan mesra atau menjaga percakapan sahaja masih tidak cukup . Tetapi ! Percaya atau tidak , mereka sangat respect dan takut dengan melayu yang berpegang teguh dengan agama Islam .

Mereka tau melayu ni senang je nak di kautim . Senang sangat betul tak ? cukup la 24jam tengok anak melayu dok bangga jaga kedai judi , jadi bodyguard cina , jaga club etc . haih . Dengan wang ringgit , Wanita , Eset dan hiburan . sahaja mereka boleh beli seorang insan bernama melayu . FAKTA dari mulut cina sendiri .

Tapi kenapa depa takut dengan melayu yang berpegang dgn agama ?
Melayu yang sebenar Islam tidak mudah dibeli , dan mereka taktau macam mana nak beli jika keempat-empat ini tak dapat ditawan , seriously kamu akan dihormati umpama darah daging mereka , tidur sekatil pun takde masalah .

YANG jadi masalah bila kita tak tahu bagaimana nak menghormati budaya serta adat orang cina , sedangkan mereka lebih mengetahui syariat seseorang yang beragama islam itu ! Kalau dia dah tau kamu pegang kuat dengan islam , nak bagi arak depan kamu pun dia tak berani . Depa LEBIH HORMAT AGAMA KITA dan ianya FAKTA . Kalau angpa dapat lawan 4 nafsu yang di offer tadi la .

So conclusion dia pembawakan sebagai khalifah dan sifat kekeluargaan dengan menghormati budaya dan kefahaman mereka sangat dititik beratkan ! ingat , Lakum dinukum walidyadin , aku ugama aku kau ugama kau . Apa yang haram tetap haram , yang halal itu halal .

Telah diwajibkan kepada umat islam untuk menghormati agama lain , kita hanya menyampaikan dakwah dan berdoa sahaja boleh dijadikan jalan agar mereka terasa sejuk nak mengenal islam . betul tak ?

Kalau tak ada sifat kekeluargaan tu semua macam mana ? apatah lagi nak menjalankan tugas sebagai khalifah dengan menyebarkan islam . ha fikir sendiri . Sebab tanpa dakwah sahaja dah cukup untuk membuatkan seseorang itu terbuka pintu hati untuk mengenal Islam .

Jadi apa yang susah ?



Belajar budaya dan kaji agama mereka , baru kita tahu macam mana nak mulakan langkah dengan menunjukkan sifat seorang islam , kalau tak belajar dua dua tu macam mana nak tau apa syariat budaya mereka .

Depa tau kita tak makan babi , tapi kita surf depa lembu . Depa wat majlis atau perayaan kita duk pakai baju hitam (konon kongsi hahaha) , padahal baju hitam untuk orang mati ! Raya cina bagi angpau warna putih , tu pun untuk orang mati ! jadi siapa yang tak hormat siapa ? haa . renung-renungkan .

Bila dah masuk topik syariat cina ni , depa kefahaman bukan seketul BUDDHA tu je . depa ada mahzab jugak . macam kita lah mahzab syiah la wahabi lah . so memang pening nak faham . terutama sekali bab lembu , orang cina mahzab Mahayana tak makan cez depa pecaya lembu tu penganti "ibu" dalam agama mereka .

So before nak mulakan sifat kekeluargaan baik kaji dulu apa yang mereka suka dan tak suka . kalau kita tahu semua ni , pecayalah depa akan hormat kamu dan percayakan kamu 101% . so bila dah macam tu masuk lah sikit2 dakwah pasal islam :) . Aku dah ada bukti depan mata aku .

Ketua cina kongsi yang memang tukang buat adat sumpah untuk kaum depa cakap kat ayah nak masuk islam . Kesnya kantoi , bini petama nak bunuh diri cez dia dah kawin lagi satu . Nak peluk islam sebab nak tahu macam mana orang islam bleh kawin sampai kawin 4 , dia baru dua nak tebalik dunia hahahahahahhahaha !

Papepn buka mata buang ego kita , dan marilah menjadi tentera yang sebenar :) . Nanti aku upload video seorang mualaf cina yang boleh explain macam mana nak mengenal budaya serta adat orang cina sebelum berdakwah . jgn lupa tengok ok :) .

Isnin, 15 Oktober 2012

Tokong Orang Melayu ? hmm .


Hi peeps ! :) .

Well esok aku ingat nak sembang pasal budaya dan MISI sebenar-benar misi kita sebagai umat islam tentang , "Bagaimana cara-cara untuk membuatkan sesuatu kaum dan bangsa itu menghormati kita serta mempercayai kita" . Segala rahsia serta kaedah yang memang Nabi Muhammad s.a.w dah lama terapkan dalam landasan syariat islam dari dulu lagi . Cuma umatnya sahaja buta :) .

Mesti bloggers semua tak percayakan ? Contohnya lah , kaum cina . Mana ada cina nak percayakan melayu , depa pun kaki penipu ! hahaha . Tidak sama sekali , sebab sifat kekeluargaan lah antara satu faktor bagaimana Nabi Muhammad s.a.w , para awliah dan ulamak yang lain dengan senang membuka hati kaum bukan islam memeluk islam .

FAKTA , JANGAN PELIK ! Kerana dalam agama Tao pun ada masyarakat cina yang menyembah 3 patung yang digelar "3 Datuk" iaitu datuk Ali , Datuk Haji dan Datuk Hussin dan banyak lagi , tapi ketiga ini adalah yang paling feamous . Dan ketiga-tiga mereka ini adalah seorang ulama suatu ketika dahulu sangat terkenal dengan sifat kekeluargaan dan sifat-sifat yang sangat mulia sampai mereka menyembah serta mengelarkan datuk-datuk ini , "TUHAN TANAH !" :) . 

Tak pecaya ??
Datuk Haji 

 Dato Gali atau lebih dikenali sebagai Datuk Ali , mostly banyak di daerah klang .

 Datuk Awie , yang ini mungkin datuk lain cez sebenarnya banyak tau ulama beragama islam yang mereka sanjung tinggi sampai disembahnya . 

Tengku Husin atau Datuk Hussin .

Kenapa dan apa tujuan mereka menyembah ulama-ulama yang feamous ini dahulu ? mereka PERCAYA kesemua yang disembah ini sangat mulia dan dekat disisi tuhan . Apabila orang yang mereka sanjungi ini mangkat , mereka menyembah dan menganggap si mati Tuhan Tanah kerana mereka percaya kesemua datuk ini dapat memberikan , rezeki , keselamatan dan semangat di dunia .

Kebanyakkan ideologi menyembah orang yang hebat-hebat ini banyak di negara Hongkong , sampai satu tahap jika berlakunya kemalangan yang membuntukan akal , polis sana akan membuat ritual dengan bantuan orang yang arif tentang ilmu infiniti ataupun alam ghaib , untuk berkomunikasi dengan kubur-kubur yang terdekat di kawasan kejadian . Sebab depa tahu , roh-roh simati dikawasan itu menyaksikan . hehe .

Jangan terkejut suatu hari nanti kemungkinan Tok guru Nik aziz pun depa nak sembah , sebab Tok Guru lah antara golongan yang sangat cina suka dengan sifat kekeluargaan , hormati agama dan budaya mereka . 

JADI SEBELUM AKU PANJANG LEBAR ! esuk aku akan ceritakan dari asas bagaimana dan macam mana ingin menjadi seorang khalifah yang berjaya , dan bagaimanakah cara ingin bermula menjadi contoh umat yang dikasihi . Bukan hanya semata-mata ingin dihormati dan dipercayai , tetapi bagaimana nak menunjukkan sifat sebenar umat islam kepada mereka agar pintu hati mereka terbuka untuk mengenali islam suatu hari nanti insyallah . Itu yang kita mahukan :) .

Papepun sebelum aku masuk tidur , aku nak share gambar-gambar pemulaan aku dalam mengenali mereka . 




Robbal Baraya

"Hai jiwa yang tenang , kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya . Maka masuklah kedalam jamaah hamba-hambaku . Masuklah kedalam syurga ku"
Al-Fajr ayat 27-30 .

Sesungguhnya bukan amalan kamu yang dilihat Allah , tetapi jiwa kamu . Jiwa yang sentiasa tenang dari qadaq dan qadar . Hanya jiwa yang tenang sahaja yang dapat merasakn nikmat syurganya . Jadi , bersihkan lah jiwa itu dari segala dosa dan kemaksiatan . Melihat , mendengar & merasakanNya .
- Ayah Halim

Sucikan lah hati ku ini ya Allah . Bersihkan lah lubuk qalbuku yang hitam ini ya Allah . Ampunilah segala dosa - dosa dan segala kemaksiatan yang telah aku lakukan ya Allah . Sesungguhnya tiada daya upaya diriku ini melainkan kerahmatan , keredhaan serta keberkatan daripada mu ya Allah . Tuhan yang maha melihat , mendengar dan merasakan hambanya .

Zikir dibawah ni antara zikir yang sangat aku suka , macam-macam perasaan dapat rasa bila dengar . Alunan and suaranya memang menusuk . Hope pembaca dapat meluangkan masa sebentar , tekan je play . Sungguh , memang sedap dengar .




Astaughfirullah rob'bal baraya ,
astaughfirullah min'nal qho'thoya .


Robbi zid'dniy , 'ilman nafi'aa , 

wawafiq'li , 'amalan maqbulaa .



wa habli , rizd'qoon was'siaa ,

watub 'alaina , taubatan nasuha .
watub 'alaina , taubatan nasuha .


Ampuni ya Allah , tuhan pentakbir makhluk ,
Ampuni ya Allah , dari segala kesalahan .

Ya tuhanku , tambahi bagiku ilmu yang bermanfaat ,
taufiqkan diriku dengan amalan yang diterima .

kurniakan aku , rezeki yang luas ,
terimalah keatas kami , taubat yang suci .
terimalah keatas kami , taubat yang suci .


Jumaat, 12 Oktober 2012

Meet Mrs Bee si lebah . kohkoh :)


Ai yaw blogger , meet miss BEBEH :) . Kawan baru gue yang tak sampai 1weeks tapi dah macam 30tahun kenal (boleh tak macam tu?) . Okay dipanggil Beby , bukan sebab nak mengedik tapi memang nama tu dah wujud dari zaman dia kocik . Memandangkan aku pun baru kenal so tak tefikir lagi nak panggil apa . Joyah ? Ropimah ? Embun ? hahaha .

Haa well , we do share alots of thing lah . dari bukan rahsia hingga ke dalam rahsia . Segala kisah serius , melawak , menganjing , kentut semua lah . Tersangat lah pelik sampai aku pun tak dapat nak crack apa sebab boleh jadi terus spontan tak tahu malu kohkohkoh !

Bab kenal macam mana , biodata segala aku maleh nak cite cez tangan dah lotih hihi . Yang penting beliau sangat the best and sporting moting sport rim spartan and segala spot lah ! Sampai dapat special day dari gue dengan cukup excited nak update blog pasal dia :b .

Ok dah tu saje kohkoh . Malam sudah lewat , esuk nak koje pulak nanti BIGBIGIBIGIBIGIBIG bos aku buat muke macam Adolf Hitler bawah ni pulak kalau lewat hehehe .


So........................  GOODNIGHT PEEPS ! Bee for Senngggggggaaaatttttttttzzzzzz :b .

Rabu, 10 Oktober 2012

FOREX ? Marilah kalau berani :)




FOREX . Penah dengar kan ? Aku baru jer mantion pasal forex kat bawah tadi and nie menjadi bukti yang forex tak penah menipu orang kecuali orang tu dengar hearsay dari si pendengar hearsay dan hearsay dan hearsay blablabla HAHAHA .

Forex Pun Salah satu punca duit sampingan aku , macam kat atas nie . TAPI , tersangat lah risky kalau tak
bijak untuk bermain dan mengikut hawa nafsu , akan menjadi seperti gambar dibawah ini :-


-Ve 1.7k USD tu HAHAHA ! selamat margin aku besar and dapat tampung -ve >.<

Main forex ni sangat memerlukan ketekunan , semangat dan ketelitian dalam menganalisi pattern ataupn
pergerakan graf . Bukan hanye ikot orang atau main beli or jual je ! itu baru HARAM ! hehehe . Benda ni kena study gak . tak susah mana pun kalau ada kesungguhan sedangkan aku takde sape pun guide . Study dalam google and pegi MPH cari buku forex haha :) .

Well masa ni aku tersangat lah overkill punya duit , sampai jadi boros habis cez tiap hari aku bleh dapat RM1k+ . Keje aku lepak starbuck hari-hari 24jam , shopping sampai lupa diri hahaha . Aku pun tak tau lah , masa tu luck and analisis aku nak katakan hari-hari tepat dan aku bukak lot besar gedabak punye memang sekali langkah boleh burn semua . Loss duit bleh kira dalam -USD1k tapi keuntungan USD3k SEBULAN !

Ong kan aku ? walhal time tu baru je main tak sampai 3bulan . depo RM8k je .





SERONOK TAK TENGOK ? hahaha.

Tapi segalanya sementara , akibat dah selalu senang dapat duit aku makin malas nak take serious or kaji dulu sebelum beli or jual . main nak masuk je . sebabnya amount aku masa tu dari 1.6k usd dalam 5bulan jadi 11k usd . belum tolak 500usd plak tiap minggu aku kua masa tu .

Akibatnya , makin banyak negative lots and aku terpaksa potong dan potong and potong . sampai sehari tu 1k usd aku terpaksa potong , klu tak potong memang burst semua duit , memandangkan bursa dunia time tu greece ngan spain ada masalah ekonomi yang sangat teruk . hmm .

last-last , aku jatuh jugak :) . nak tahu berapa total dalam duit malaysia ?
                                        -RM32,000.00 LOSS !
hmm , aku duk cari mana screenshot loss tu , tak jumpe tapi ni mmg serius tahap gaban hahaha .
jadi gila kejap la 1minggu , idalaman nak angkat kete evo9 bekecai dalam 1hari je :( .


WELL , sungguhpun aku dah rugi beriban camtu , aku takkan putus asa . sudahnya sekarang aku main balik kecik jer and start hati2 . hehehehe .



Mak aku cakap dont give up , thanks to her cez banyak support aku everytime aku naik and jatuh hehehe .
Aku pun sbnrnya tengah slowdown main forex cez sangat-sangat busy dengan kerja . So aku decided untuk mula main dalam bidang investment pulak . senang takperlu nak duk depan komputer 24jam lagi . tunggu duit tiap bulan jer . walaupn ciput takat rm120 sebulan tapi lama2 nanti jadi besar jugak hehe . Asalkan TAK RISKYKN HIDUP AKU LAGI HAHAHA ! siauuuuu :) .

JOM INVEST :)

SEBELUM TU , terus terang la saya takde nak tarik ke ape ke , just nak share story and cara saya
dapat duit lebih . pendek cerita macam mana nak main saham LOL !

Click disini untuk belajar cara-cara nak invest !

Okay guys , mari saya terangkan . Concept sama je macam main saham tapi lebih mudah, hanya secara online saje dah boleh menjana duit sampingan :) . Cara-cara nak mula pun tersangatlah mudah, tak sampai 5min confirm boleh faham . Janji tahu guna computer & ada internet la HAHAHA !

Simple, baca penerangan yang saya buat ni.

   "Ali ade USD500$ sebagai modal permulaan . Sebelum dia invest , dia selidik dulu saham kedai apa yang cukup dengan kuantiti duit yang dia ada ni . Selidik punya selidik akhirnya dia jumpa iaitu pasaran minyak . Kebetulan masa tu pasaran minyak harga murah 1 Lot (per share) dalam 32$ & monthly profit income 2.20$ per lot . Memandangkan dia cuma ada 500$ , dia terus beli 15 Lot dgn harga 480$ . Jadi kalau 1 Lot bersamaan dengan 2.20$ x 15 Lot = Ali akan dapat 33$/month :)"

Senangkan buat duit ? kita lah broker & kita lah pemain , duit semua sendiri pegang derect pakai paypal je hehe . Hmm banyak lagi saham kedai yang boleh kita pilih . Macam-macam harga dan percent lagi di tawarkan kalau kita share . Ada 1 Lot 500$ bleh dapat 69$/month , 1 Lot 2$ pun ade ! haha .

Tentang keraguan & keselamatan mengenai broker UINVEST ini tidak perlu risau sebab memang ada certificate dari Trustwave dan international yang lain . Cume faham-faham la negara Malaysia ni macam
mana kan , semua dia persetankan sebab tak dapat incometax . Macam main forex jugak la kes die ,
sampai orang main forex pun nak kacau cez tak lalu bawah "Bank Negara" . Tak dapat nak tax LOL !

Well saya rasa,
       INVESTMENT LAGI TERBAIK DARI MAIN FOREX , TAK RISKY LANGSUNG ! :D .

Cez saya pun dah 2tahun main Forex , macam-macam broker dah saya main . Litefx la Tradingpoint la,
GVF la macam-macam lagi lah ! bayar online relek je , tak penah kena tipu . macam ni gak , nak taknak
yakin n redha jela . Endingnya , $$$$$$$ . haha . Tapi banyak bangun jatuh so nasihat dari saya kalau
nak main forex better main demo account dulu n always practice and jangan ikut perasaan , nanti loss
-USD11K$ mcm saya -_- .

Ending-ending main saham Invest jela , tak risky and senang tunggu duit je tiap bulan . Walaupun tak sebest
macam main forex cez kadang2 dalam 1hari bleh dapat 3x ganda haha , tapi bila dah start busy kerja ni main
saham kedai jela . Takyah nak jaga2 24jam macam forex huhu .

OK LAST THING LAGI SEKALI SAYA NAK CAKAP , saya disini hanya nak share je macam mana saya dapat duit tambahan  , takde de nak tarik2 ke apa . Lainlah company tu saya punya or dapat duit angpa tu hahahahahaaa . So selamat menjana . Sebelum nk invest ke apa kaji mana2 broker yang kita interested tu dulu , macam UNIVEST ni tak perlu risau cez saya dah kaji and dah depo/withdraw pun :) .

NIE LINK DIE KALU NAK STUDY OR REGISTER :
CLICK NIE ! :)
CLICK NIE ! :)

takyah risau lah takde charge ke ape bila register , depa taknak pun duit angpa cez depa broker kot hahahaha . SELAMAT BERINVEST ! :D .

Selasa, 9 Oktober 2012

Pengemis



Lihat 
ku melihat sang rindu .
dalam diam ku meratap shahdu .
sungguh terperi indahmu wahai sang bayu ,
adakah mungkin dapat kita ketemu ?

Dia
Siang malam ku ilhami
menghembus rindu suara oh hati
terpancarlah ia , bersinarlah dia .
disana .

Kekasih .
sungguhpun kau ada .
hanya aku yang terkapai ,
cuba mencapai hingga terkulai ,
melambai . 


Ya jiwa . 
si penasapi rahsia penghembus bara .
dimanakah dia ? adakah aku bermimpi ?
aku buntu disini ,
nantilah aku oh pelangi .
capailah jari ku ini .
agar kekal abadi .
cinta si pengemis nadi .

Khamis, 10 November 2011

MIRROR






Aku lupa akan diri aku .
Mengejar sesuatu yang memang telah nyata di setiap pandangan zahir ku .
Aku gairah mencari jawapan hingga ke alam fikiran dalam berfikir .
Tanpa menghargai 'persoalan' yang selalu menemani dan meliputi amal ku .



Aku berdustaa .
Takkala menanti pertanyaan lalu melontarkn ilmu yang hanya ku pandai dengan mengumpul dan menghafal tetapi tidak diterapi .
Lalu gah la ia disimpan hingga menjadi basi .
basi basi dan basi !
Hingga aku lari dari diri sebenar diri .



Neraka jahanamlah aku .
Takkala berdalih sesama saudara ku hingga lupa tujuan asal aku .
semata-mata kerana rahsia dalam rahsia Ku aku beradu ilmu !




Tiada kesudahan ilmu ketuhanan .
mencari persoalan lebih bermakna dari mengakhiri dengan jawapan .
persoalan .
persoalan .
dan terus berpegang pada persoalan .